Pages

Friday, July 8, 2011

Peludah Warna oleh A. Samad Said


Assalamualaikum w.b.t.

Ikutilah puisi yang bertajuk Peludah Warna yang disampaikan dengan penuh maksud tersirat disebalik susun katanya..

Peludah Warna by A Samad Said

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

copy from : http://bm.bersih.org/

<3 The end<3

p/s : Sasterawan yang tidak mensia-siakn kemahirannya dlm menyampaikan kebenaran..


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...