Ketika aq tengah window shopping.. Terfikir pula hendak buat entri yang tidak seberapa ini..
Do : Bersikap lebih realistik dalam bershopping.. Fikirlah dahulu sebelum membeli sesuatu.. Bak kata pepatah melayu yg diedit oleh aq, "terlajak kereta boleh direverse, terlajak bershopping buruk padahnya" hahaa~
Don't : Beli sesuatu yang TIDAK akan digunakan @ sesuatu yang sama tetapi berlainan warna.. Takut2 barang ini berhabuk jerr ditelan zaman..
Do : Rancang masa terlebih dahulu sebelum bershopping.. Buatkan limit masa untuk satu kedai..
Don't : Menghabiskan masa terlalu lama di satu kedai.. Menyampah pula orang kedai itu kalau kita membelek barangan di kedainya dari pagi sampai ke petang, lastly tak beli apa2 pun.. Haishh~
Do : Buat list barang yang hendak dibeli seawal dari rumah lagi.. Memudahkan dan menjimatkan masa semasa bershopping..
Don't : Pergi bershopping berkali-kali hanya kerana terlupa untuk membeli SATU barang sahaja.. Pembaziran yang melampau jika gejala ini tidak dibendung..
Do : Boleh suai padankan barangan yang dibeli khususnya dalam memilih pakaian..
Don't : Beli apa sahaja yang menjadi trend terkini tanpa mempedulikan harga dan keperluan.. Walaupun barangan itu dari jenama yang mahal.. Biar murah tetapi kena gayanya..!!
Do : Lebih baik membawa teman @ kawan semasa bershopping untuk bertanyakan pendapat kepada mereka..
Don't : Takut bertanyakan pendapat kepada teman @ rakan sama ada barangan yang dibeli bersesuaian dengan anda atau tidak.. Dikuatiri di mata anda nampak cantik tetapi dimata masyarakat nampak CACAT..!!
<3The end<3
p/s : berhati2 ketika bershopping..