Pages

Wednesday, July 6, 2011

Menyelam dikira sudah berwuduk..??


Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak korng semua dengar permasalahan ini..?? Menyelam dikira sudah berwuduk..?? Satu persoalan yang membuat aq tertanya-tanya dari dahulu.. Dan setahu aq laa jawapannya tidak.. Kerana ia tidak mengikut syarat pada rukun keenam berwuduk iaitu TERTIB.. Tetapi ini hanya pndapat aq sebagai seorang insan biasa yang tidak lari dari kesilapan..

Namun, semalam aq ad terbaca sebuah majalah yang ad pembacanya menanyakan soalan ini kepada penulis segmen Fiqah Amali.. Dan inilah jawapan yang diberikan oleh beliau..


Jawapan yang beliau berikan ialah wuduknya sah..

Menurut beliau, dalam kitab Fath al-Muin Hamish 'I'anah al-Talibin (jil. 1, hlm 42) dinyatakan : "Dan jika seseorang yang berhadas menyelam walaupun di dalam air yang sedikit dan berniat untuk berwuduk dan tidak menyelam dalam tempoh yang lama tetapi dengan kadar yang cukup untuk tertib, maka sah wuduknya."

Beliau menambah lagi, tidak perlu digosok setiap anggota wuduk, memadai dengan menyelam sahaja..

Beliau juga menyatakan bahawa disebut dalam kitab Asna al-Mutalib (jil. 1, hlm. 35) : "Sekiranya seseorg itu menyelam dengan niat berwuduk walaupun dimulakan atau didahulukan dengan bahagian bawah (kaki), maka sah wuduknya. Dan tertib berlaku secara takdir."


Menurut beliau lagi, Islam agama yang mudah tetapi jangan pandai-pandai memudahkannya tanpa merujuk al-Quran dan hadis.. Belajarlah daripada para ulama.. Daripada Umar r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : "Sesiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa2 daripada tubuhnya sehingga ia keluar dari celah2 kukunya." (Riwayat Muslim)

So, apabila ditanya tentang soalan 'Menyelam dikira sudah berwuduk..??'..

Apakah jawapan anda..??

<3The end<3

p/s : Membaca itu jambatan ilmu.. Kalau aq tak baca majalh tue aq tk tahu semua niee.. Lain kali, kalau ada apa2 yang menarik aq baca dan perlu di kongsi.. Aq akan kongsikan lagi.. InsyaAllah..


2 comments:

  1. ustazah saya penah ckap x sah sebab syarat sah wuduk kena da tertib...

    ReplyDelete
  2. Tapi ustaz ni ckp dlm kitab Fath al-Muin Hamish 'I'anah al-Talibin (jil. 1, hlm 42) dinyatakan : "Dan jika seseorang yang berhadas menyelam walaupun di dalam air yang sedikit dan berniat untuk berwuduk dan tidak menyelam dalam tempoh yang lama tetapi dengan kadar yang cukup untuk tertib, maka sah wuduknya."


    Beliau juga menyatakan bahawa disebut dalam kitab Asna al-Mutalib (jil. 1, hlm. 35) : "Sekiranya seseorg itu menyelam dengan niat berwuduk walaupun dimulakan atau didahulukan dengan bahagian bawah (kaki), maka sah wuduknya. Dan tertib berlaku secara takdir."

    So, cbe tanya ustazah awk tu tntg perkara nie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...